Wednesday, August 3, 2011

wishlist

~baru la rasa muda selamanya~


 ~ermm..ni pun bole...~


~ yang dikasihi dan mengasihi~


~flying without wings~


~semoga aku tidak lemas dalam harta~


dan yang lebih penting 
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
~cintaku padamu YA Rabbi tetap teguh~

Monday, July 4, 2011

bukan begitu

update blog setelah sekian lama ditinggalkan dan juga meninggalkan......

sejak akhir akhir ini mood tuk menaip agak kurang bernafsu...
dan sekarang masih juga belum bernafsu untuk mengarut dan apa apa saja di blog ini....

ampunkan saya sebab saya malas nak update blog...
saya juga sudah ketahui kenapa saya tak update blog....

saya cuba nak atasi masalah ni...


1. malas nak menaip

2. malas nak berfikir apa nak taip
3. malas nak membuang masa di blog

4. malas 
5. malas

6. malas
7. malas


* kesimpulannya: saya malas. 




Monday, May 23, 2011

perhatian!

saya sedar saya tak sehensem pelakon korea.
saya memang tak hensem. itu memang realiti.
tolong jangan puji saya
saya akan rasa terhina.
sekian

^_____________^

Thursday, May 5, 2011

bila dah bosan dengan roomate

Apabila roomate ada dalam bilik:

1. buka radio sekuat hati dan nyanyi kuat kuat macam kat tempat karok.

2. tiba tiba menjerit sekuat hati..bila roomate pandang buat muka tak bersalah dan buat macam xde apa apa.

3. beli pisau banyak banyak atau pinjam...asah tiap tiap hari bila roomate ada kat bilik sambil mata pandang roomate.

4. bila waktu malam roomate on lampu,kita pergi off. roomate on..kita off sampai lah roomate xon lagi atau dia keluar kita jerit kuat kuat "YES".

5. buat buat tido lepas tu buat buat mengingau maki maki. bila bangun kalau roomate tanya buat buat tak faham.

6. ajak kawan kawan datang bilik..borak borak..sembang sembang..pastu gelak kuat kuat walaupun xde apa yang lucu.

7. selalu cerita roomate yang dulu lagi bagus dari roomate sekarang.

8. bila dapat cakap dengan kawan kawan roomate cakap yang roomate kita ni paling baik.



P/S: kalau tak de roomate buatla kat sapa sapa pun..selamat mencuba..

Wednesday, May 4, 2011

buat abah tersayang


abah...
Berderai air mataku tatkala aku membaca Yasin di hadapan pusaramu,
Jatuh bercucuran bak hujan di saat aku mengenangkan pengorbananmu,
Belum sempat aku membalasnya takdir telah menjemputmu pulang terlebih dulu,
Dikau pergi saat kami masih perlukan belaianmu.

abah...
Ku kirimkan sebaris doa senada kasih sayangku,
Tidak terbanding kasihmu bak seluas langit membaluti bumi nan kedinginan,
Pergimu dengan keredhaan bersatu dalam kehilangan dipandangan sepiku,
Anakmu di dunia ini akan meneruskan perjalanan bersama pesan dan amanahmu..

abah...
Betapa aku amat merindui dirimu yang telah lama lena dalam pembaringan,
Setiap belaianmu tika membesarkan aku bersemadi kukuh dalam hatiku,
Syahdu dan pilu rasanya berjauhan darimu walau bukan itu pintaku,
Aku redha dan ikhlas dalam langkahmu menuju ILLAHI.

abah...
Walau seketika anakmu alpa,
Kasihmu sentiasa menjadi ingatan abadi bagi diriku,
Membawa hidayah keinsafan seorang anak,
Dalam menjalani kehidupan duniawi ini..

abah...
Bersemadilah dengan aman,
Semoga rohmu diberkati Yang Esa,
Doaku tidak pernah kering meniti bibirku buatmu sentiasa,
Dikaulah perwiraku...


perfect or not

I know I am not a perfect man...

Always make mistakes..

Mistake by mistake...

Because... I cannot be perfect as you want..

Now, I do not know what I should do to be perfect man as you want...

I just want to be myself...

Loved you everything you have...

And i hope you love me too...

Thursday, April 21, 2011

jawapan pada semua soalan

Pilihanku..
Bukannya pada paras rupa yang menawan hati..
Kerana cintaku bukan pada pandangan semata..
Takut jika diwarnai kegelapan..
Kita buta hilang arah..

Pilihanku..
Bukannya pada manis tutur kata bermadah..
Kerana cintaku bukan pada janji yang bermaharajalela..
Andainya suara dikaburi fitnah,
Kita rebah tiada bermaya..

Pilihanku..
Bukan pada banyaknya harta dunia,
Kerana cintaku bukannya ternilai dengan harga..
Bimbang kemewahan membawa leka..
Menghilangkan cinta kita padaNya..
Lalu dimanakah bahagia?


Pilihanku itu..
seorang yang buta..
Buta menilai paras rupa..
Sesungguhnya syahadahnya menggegar seluruh jiwaku..
Keikhlasannya melakar cinta yang diredha..
Tongkatnya pada akidah yang menyinari laluan bahagia

Pilihanku itu...
Seorang yang bisu..
Bisu mengungkapkan janji yang tiada pasti..
Kerana harapan disandarkan pada Illahi..
Pendiriannya menusuk nurani hawa..
Bait-bait kesyukurannya lahir pada sujud seorang hamba

Pilihanku itu..
Seorang yang papa dan hina...
Papa dengan takbur yang mengubur
Hina kerana sederhana..
Iman memujuk jiwanya..
Cintanya pada agama mengikat tali ukhwah..
Lalu disimpul teguh pada tiang pernikahan..

Pilihan kami..
Pada agama yang memelihara
Pada Syahadah yang mengiringi
Pada Alquran yang membimbing..

Biar..
Cinta kami pada maha Menyintai..
Kerana janjiNya yang pasti
Cinta kami pada kekasih Illahi
kerana memimpin ke jalan bahagia yang hakiki
Kasih nya pada cinta yang diberi..
Biarlah sampai ke akhirat nanti...
kerana yang sebenarnya ku mahukan padanya..
Bukan cuma kekasih duniawi..
Tapi teman menuju syurgawi..

'Ramai yang mencari cinta tetapi tertipu olehnya,
Ramai yang kecewa kerana cinta dan putus asa pada rahmat-Nya,
Ramai yang membenci cinta dan membenci nyawanya.'

Friday, April 8, 2011

just want you


   pay ATTENTION to ME





 CARE about ME




 CARING all about ME


AND


what is IMPORTANT


PLEZZZ





BECAUSE




Wednesday, April 6, 2011

bukan benci

Aku memang TAK merokok..

Dan aku TAK SUKA bau asap rokok...

TAPI aku bukan BENCI pada perokok..

Aku cuma KURANG suka jee...


 So kalau aku tutup hidung aku tu..

jangan la pandang semacam je...

memang KURANG suka..

Aku MAU HIDUP lama...

SIHAT sentiasa...

Monday, April 4, 2011

today is your day

Happy birthday to you..
Happy birthday to you..
Happy birthday to ema..
Happy birthday to you...


DEAR EMA >..<

It's your birthday
im thinking how glad i am..
that you were born..

You have given me so much..
supported me, encouraged me,
care for me and i didn't even need to ask..

I wish for you the best of birthday..
the best one ever..
i hope you will always be
as happy as you have made me..



~ Wishing you everything happy for your birthday..
~ Wishing you miles of smiles in the coming years..
~ Wishing you all the best for your Birthday..
~ May all your dreams and wishes come true..
~ Wishing you all the fun and excitement that only birthdays can bring..
~ Wishing you all the best on your special day..
~ Wishing you a cheerful birthday..
~ Best wishes on your birthday and throughout the coming year..
~ Wishing you a Happy Birthday and many more to come..
~ May the best of your wishes be the least of what you get..
~ And wishing you a happy and prosperous birthday and a sweet night of birthday dreams.




P/S: selamat hari lahir sayang...i love u so much..

Saturday, March 19, 2011

today is my day

Morning every body...

Ku panjatkn kesyukuran pada ilahi...

Aku masih mampu bernafas dan melihat keindahan alam...

Ku panjatkan kesyukuran pada tuhan...

Kerana kurniaan yang dia berikan...

Hope semua berjalan dengan sempurna...

Kerana "hari ini hari saya"

Mesti nak tau kenapa kan? kan?

HihihHihIhi...biarla rahsia...

P/S: Mau iron baju..huhuhu...



Thursday, March 17, 2011

i am in love with you

For you siti rahmah bt bahrom


My heart is bound to you...
My dreams have all come true...
My body feels as if it has begun anew...
I am in love with you...

You are the girl i want to kiss...
You are the girl that brought me bliss...
You are the girl i always miss...
I am in love with you..

Who else could i want more in life...
Who else could i want more as a wife...
Who else can cure my strife...
I am in love with you...


p/s: faiz mtk maaf pasal semlm...

Tuesday, March 8, 2011

im hot


Kali ni entry agak melampau..
aku tahu mesti akan ada orang sakit mata, sakit hati, sakit jiwa dan
pendek kata sakit segalanya...panjang belum kata apa apa agi....

Tengok aje laaa title kat atas IM HOT...
HahahAHahaaa...gelak besar sambil golek golek...
Orang yang jelos dan sakit jiwa tengok entry aku ni mesti la cik ema...

Mybe aku baru perasan kot atau memang baru terjadi...
HahhAhHHAha...mesti nak tau kan apa yg HOT sangat tu kan...kan...kan...
Buka blog saya dan tengok kanan....9 FOLLOWERS...

Majority adalah girls...dan sorang je teruna tang tang...
Bukti lelaki makin kurang atau girls memang suka buat blog...hihihi...
Tapi aku rasa semua yang girls tu frends cik ema..
xpela..janji HOT...hahahaa...


merenung masa depan~


Hot sangat~


P/S: idea tiba tiba ilang so stop sampai sini je..

Sunday, March 6, 2011

manchester united punya cerita

 MU still no 1


Sungguh aku semangat bangun pagi-pagi tuk tengok bola..
Aku sebenarnya bukan laa kaki bola..
Serius aku cakap aku tak pandai main bola..kaki kerusi..
Hari ni perlawanan MU lawan liverpool...
Bukan sebab aku tinggal kat Manchester aku sokong MU...
Tapi...

Aku suka MU sebab mereka ramai melahirkan bintang-bintang yang memang bintang..
Antaranya Ruud Van Nistelrooy, David Backhem, Eric Cantona, Cristiano Ronaldo dan ramai lagila..

players MU~

Cristiano Ronaldo

maneger: Sir Alex

Orang penting dalam MU. Walaupun dia seorang yang panas baran tapi dia tetap hebat.
Dia nak yang terbaik tuk club dia. sehingga sekarang belum bersara...
Dia patut berbangga dah berapa ramai bintang dia lahirkan sejak 1986..


eHh..sapa pulak ni?? 
Ni pun orang penting gak. jatuh jer Sir Alex "org" ni akan ganti..
Hahhaha..nak jugak...
Good luck MU for Next2 match...

malang tak berbau

Betul kata "orang" malang tu tak berbau..
Kalau berbau mesti kita dah boleh berjaga-jaga atau
Sediakan payung sebelum hujan...huhu...

Kalau kita dah berhati-hati tapi orang lain tak berhati-hati...
Tak de guna gak..still dapat penyakit..
Sama macam dalam kes aku ni...
Dalam kawasan masjid kot nak laju-laju...

Semua orang kejar masa..
Aku pun kejar masa nak balik umah nak balik tido..
Tapi gara-gara si makhluk ni tak berhati-hati terpaksa aku tanggung derita
Dan tak dapat tido seperti di rancang..huhuhu...

Sekarang aku terpaksa bertongkat tuk berdiri...
Tak pasal-pasal tambah lagi satu kaki...
Nak mandi, nak solat, nak g mam, nak turun naik tangga bukan main susah lagi...
Yang penting nak tido..time tu la dia nak berdenyut2..

Arrrgghhhh!!! xtahan sakitnya...
Hope cepat-cepat laaa sembuh seperti sedia kala...
Kaki dah la second hand..pernah patah xcdent langgar tiang letrik..
Ni kete pulak langgar...Nasib ko la kaki...
Sebab kes langgar tiang letrik la aku kaki bangku...
Xpandai main bola sampai sekarang...

P/s: maafkan saya cik ema..buat awk risau...

Thursday, March 3, 2011

maaf...aku terlalu menyintainya

Maafkan aku...
Kerana aku tidak mampu memilih kamu...
Menyintaimu seperti aku menyintai dia...
Kerana cinta aku hanya satu..

Lakukan apa saja yang kamu suka...
Namun jangan hancurkan cinta yang aku ada...
Jangan penah coba untuk musnahkan...
Kerana hingga akhir aku tetap sama..

Maaf..
Aku sungguh tak berdaya untuk mendua..
Untuk kianati cinta miliknya.....
Pergila bawa saja kesemua tentang kamu...
Maafkan aku...aku terlalu mencintainya..

bila rasaku adalah rasa mu

Hari ini aku harus katakan
Aku mencintaimu....
Bukan kerana sesiapa
Atau bukan kerana mereka...

Cinta itu memerlukan pengorbanan hati
Seperti yang sedang kita lakukan...
Jika kita mampu bertahan
Cinta itu akan jadi miliki kita...selamanya...

Kau yang membuat
Aku menjadi lebih bahagia..
Dan kau jadikan 
hidup kita ini dengan warna-warna yang kau ada..

Jangan lagi resah
Kerana aku sentiasa ada..
Berpeganglah pada hatiku
Jiwa ini adalah untukmu..selamanya..

Senyum
Hangatkan rasa yang satu...
Ku yakinkan cintaku
Hanya untuk kamu....

Saturday, February 26, 2011

apa ada pada wanita

Morning everybody...rajinkan jari-jemari dan otak untuk berfungsi menaip blog di awal pagi...SEMANGAT!!! Macam dah mula suka menaip apa saja cerita, perasaan dan everthing kat sini...Pagi-pagi morning ni tetiba nak cakap pasal wanita...


"Wanita dijadikan dari rusuk lelaki, bukan dari kepala sebagai atasnya dan bukan dari kaki sebagai alasnya. Tetapi dekat dengan lengan untuk dilindungi dan dekat dengan hati untuk dididik dan dikasihi"

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

7. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

8. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

9. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

10. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah laludiberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalanbersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Makabarangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.


Empat orang wanita yang penting dalam hidup.

1. my mum NORAINI BT MOHD NOOR. 

2. my sister FAEZAH. 

3. my little sister FARAH.

4. my love SITI RAHMAH BAHROM.

" faiz sayang kamu semua..."

Friday, February 25, 2011

nak..nak..nak...

Bila aku bole meminta..
Ingin saja aku tahu apa yang ada dalam hatinya....
Bila aku bole meminta..
Ingin saja aku tahu perasaannya terhadap aku...
Bila aku bole meminta...
Ingin saja aku mohon agar dia adalah untukku...
Bila aku bole meminta..
Mahu saja dia sentiasa di sisi aku..
Bila aku bole meminta...
Hendaknya hidup semati..
Bila aku bole meminta..
Semarakkan cinta kami berdua...
Bila aku bole meminta....
Jangan ada duka antara kami...
Bila aku bole meminta...
Bahagiakan mu sepanjang hidup aku...
Bila aku bole meminta...
Bukan hanya untuk di dunia dan akhirat...
Bila aku bole meminta..
Jadikan dia bidadari indah...
Bila aku bole meminta...
Ingin restu MU sentiasa bersama kami.....


P/S: nak mintak mcm2 kalo dh boleh meminta tu..

Tuesday, February 22, 2011

bukti masih ada sisa kerajinan dalam diri

HahaaHAhha!! sangat menyakitkan hati baca kata-kata kat blog cik ema.

So..en.faiz mau buktikan bahawa sisa-sisa rajin masih ada dalam diri en.faiz.

25 perkara tentang AMIRUL FAIZ:  


1. Full name dalam I/C atau K/P  Mohd Amirul Faiz Bin Mohd Faizal. Family panggil “acik”. Teman-teman panggil “faiz”. Cik ema panggil “hubby” ..HAhahahaha...

2. Di lahirkan pada 30 NOV 1988. *jgn lupa bagi saya hadiah yer*

3. Adik-beradik 5 orang. Seorang kakak, seorang abang, seorang adik perempuan dan seorang adik lelaki. *saya sayang mereka*

4.Hati telah diisi oleh cik ema. Saya ikhlas menyayanginya. Hope dia diciptakan untuk saya.

5. Asal PERHOR. Ibu orang johor dan abah orang perak.

6. Pernah xcdent langgar tiang letrik dan patah kaki ketika darjah 6.

7. Menuntut di Universiti Of Manchester, UK.

8. Bekas pelajar  Sekolah menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur.

9. Seorang yang memerlukan bantuan cermin mata bagi melihat dengan jelas dan juga mengelakkan diri ditipu oleh cik ema.

10. Menulis menggunakan tangan kiri.

11. Alergik pada seafoods. Kurang makan daging. Cuma makan ayam dan telur.

12. Seorang yang mudah dibawa berbincang dan tidak suka membesar-besarkan masalah yang ada.

13.Seorang yang terlalu cerewet bab berpakaian. Baju, seluar dan kasut mesti “masuk” atau sepadan.

14.Tidak suka membasuh baju dan juga lipat baju. *jangan paksa saya tapi sekarang saya terpaksa buat *

15. Benci pada bau asap rokok dan saya tidak merokok.

16. Seorang yang sensitive dan cepat merajuk apabila orang yang kita sayang tak ambik peduli.

17. Seorang yang suka menyatakan perasaan SAYANG,CINTA ,KASIH pada MYLOVE banyak-banyak kali. *biar dia dah tahu pun*

18. Seorang yang suka tido. Walau bz mcmana pun tido wajib dan mesti cukup kerana tido membuatkan aku berada dalam dunia sendiri.

19. Paling benci kena tipu. Tipu la apa-apa pun. Walaupun hal tu sekecik kuman mahupun sebesar-besar gajah. Sebelum aku tahu hal sebenar baik cite. *cecite*

20. Sayang sangat-sangat kat ibu NORAINI BT MOHD NOOR. Dia adalah segalanya setelah abah pergi buat selamanya 7 tahun yang lalu.

21. Sangat percaya tuhan ciptakan sekeping hati untuk kita dan di dalam hati itu terdapat banyak ruang untuk kita menyayangi orang lain dalam satu masa. *namun cinta saya hanya untuk cik ema*

22. Boleh berkomunikasi dalam bahasa omputeh dengan baik tetapi tidak boleh menulis dengan baik.

23. Tidak suka keluar berjalan-jalan tanpa arah tujuan dan membuang masa dengan melepak dishopping  complex.

24. Seorang yang sangat-sangat pendiam dan sombong dengan orang yang baru dikenali. *xkenal maka xcinta*

25. Kalo nak cakap saya HENCEM boleh tak? Mestila boleh sebab dia sebahagian dari 25 perkara tentang AMIRUL FAIZ.

P/S: OkKk....done!! Siap jugak akhirnya...walaupun dah tak tau nak tulis apa..ni bukti yang en.faiz masih rajin...